Saturday, October 2, 2010

BUAH PISANG

Selain enak untuk dimakan, pisang mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kesihatan. Antara khasiat pisang ialah :
Khasiat 1
Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.
Khasiat 2
Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.

Khasiat 3
‘Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

Khasiat 4
Protein ‘trypotophan‘, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh menjadi ‘serotonin‘ yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat perasaan seseorang menjadi lebih tenang dan bahagia. ‘Potassium‘ pula mampu membuat denyutan jantung menjadi lebih stabil sehingga oksigen yang mengalir ke otak tetap stabil.

Khasiat 5
Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

Khasiat 6
PARUT luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira pa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

ANTARA PENAWAR PENYAKIT MELALUI PISANG

Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

AWAS : Sungguhpun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

SETAWAR


Pokok ini merupakan tumbuhan renek yang daunnya banyak mengandungi air. Setawar merupakan sejenis herba dari kategori crassulaceae. Nama sainsnya ialah Kalanchoe pinnata. Menurut kajian daun setawar banyak kandungan saponin, sejenis bahan berkhasiat yang mudah larut dalam air dan membentuk larutan sabun.daunnya juga mengandungi flavonoidi dan tanin yang boleh mengubat penyakit buasir.


BUNGA RAYA


Nama sains bagi bunga raya ialah Hibiscus rosa sinensis. Bunga ini mempunyai khasiat yang amat mujarab untuk menghilangkan batuk. Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. Daun bunga raya juga digunakan untuk menghitamkan dan melebatkan rambut.

BUNGA PECAH LIMA

Nama sains pokok ini ialah Vinca rosea @ Lochnera rosea. Bunga pecah lima dikatakan amat berkesan untuk mengubat diabetis. Menurut perubatan tradisional daun bunga ini juga digunakan untuk merawat tumor. Daunnya yang mempunyai kandungan vinbastin, iaitu sejenis alkoloid yang mampu memusnahkan sel-sel tumor. Kesannya yang agak lambat ke atas tumor menyebabkan ianya kurang digunakan pada masa kini. Sari daun pecah lima mengandungi vindolin iaitu sejenis alkoloid yang berbentuk metil ester dari kumpulan asid karbosilik aspidos perimidin yang berkhasiat dan amat berkesan untuk merawat diabetes. Akarnya yang mengandungi akloida, flavonoida dan tanin berkesan merawat masalah putaran haid yang tidak teratur dengan meransang kesuburan pengeluaran telur dagi kaum wanita.

BUNGA MELATI

Bunganya yang berbau wangi sering digunakan di majlis-majlis rasmi khususnya majlis perkahwinan. Bau harum bunga melati disebabkan oleh penghasilan cecair jasmon yang merupakan sejenis sebatian kimia yang dipanggil keton. Ianya mudah meruap dan menyebabkan bau melati meresap di udara. Minyak ekstrak bunga melati yang dikenali sebagai jasmine oil, sering digunakan untuk menyapu sambil mengurutkan perlahan-lahan bahagian tubuh yang tegang atau sakit saraf. Ia amat berkesan untuk mengendurkan ketegangan urat kerana sifatnya yang mudah meresap jauh ke dalam kulit. Bunga melati juga digunakan sebagai petua meredakan demam bagi kanak-kanak. Sifatnya yang sejuk akan cepat membuatkan suhu badan kanak-kanak cepat menurun. Bunga melati juga dapat mengurangkan lebihan susu ibu selepas bersalin dan elok untuk membuat minyak rambut bagi menyejukkan kulit kepala, mengelakkan keguguran rambut dan meninggalkan bau harum pada rambut.


TIMUN

Timun begitu mudah didapati di negara kita. Timun sedap dimakan begitu sahaja ataupun dibuat ulam. Timun mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan 2.2% karbohidrat. Timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin. Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Daun timun yang muda juga sesuai untuk dijadikan ulam samaada dimakan mentah ataupun dicelur. Timun yang masak jika dimakan mentah dipercayai untuk merawat penyakit sampu pucat, iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga boleh menurunkan berat badan. Berdasarkan rawatan tradisional, timun juga berkesan untuk mengubat penyakit disenteri, iaitu keluar darah semasa membuang air kecil.

KACANG BOTOL

Menurut kajian kacang botor jika masih muda mengandungi 1 hingga 3% protein. Oleh kerana itu kacang ini dikatakan sebagai sumber protein. Ia juga kaya dengan kalsium, zat besi dan vitamin A. daun kacang botor juga sedap dibuat sayur atau dibuat ulam. Daunnya mengandungi 5 hingga 7% protein di samping vitamin A, C dan garam galian. Oleh sebab itu daunnya dikatakan sesuai untuk nutrisi, iaitu proses pengolahan dan kemasukan makanan oleh tubuh. Daun kacang botor boleh dibuat losyen untuk meredakan penyakit cacar dengan mencampur ramuan lain. Akarnya juga berkesan untuk menghilangkan penyakit vertigo ataupun gayat ketika berada di tempat tinggi.

TERUNG PIPIT


Terung pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia. terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam. Berdasarkan kajian terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat dan mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin BI. Terung pipit juga dikatakan mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin sebanyak 0.84%. Steroid ini penting untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Terung pipit juga digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.


BENDI


Bendi mudah didapati di negara kita. Bendi mengandungi sebanyak 2% protein, 7% karbohidrat dan 1% serat.menurut kajian bendi juga kaya dengan zat galian dan vitamin. Bendi merupakan sejenis sayur yang elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai peransang untuk membuang air kecil, berkesan untuk merawat gonerea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.


JERING


Nama sains bagi jering ialah Pithecellobium jiringa. Jering tergolong dalam famili Legumnasea. Jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan juga C. biasanya biji jering dimakan sebagai ulam. Jering dipercayai dapat meransang pembuangan air kecil. Tetapi jika dimakan terlalu banyak jering boleh menyebabkan kesukaran membuang air kecil kerana ia mengandungi bahan toksid iaitu asid jengkolik yang boleh menyumbat pundi kencing. Jering juga dikatakan dapat mengubat penyakit kencing manis dan menurut kajian sains sebatian alkoloid dalam jering dapat meneutralkan kandungan gula dalam badan.


BUAH PETAI



Buah petai atau nama saintifiknya Parkia spp tergolong dalam famili Leguminasae. Buah petai banyak ataupun senang didapati dikawasan Tropika. Pokok petai yang biasa didapati di negara kita ada empat jenis.

JENIS PETAI



NAMA TEMPATAN

NAMA SAINS
Petai kerayung

Parkia javanica
Petai meranti

Parkia singularis
Petai biasa/papan

Parkia speciosa
Petai nering

Parkia sumatrana

 

Buah petai dipercayai boleh mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. Biasanya petai dimakan begitu sahaja sebagai ulam ataupun dibuat sambal. Petai umumnya menyumbang kearah kesihatan seseorang melalui pelbagai vitamin, galian dan unsur-unsur lain. Di bawah disenaraikan kandungan dalam 100 gram petai:



Kandungan
Nilai
Tenaga
120.0 kalori
Kalsium
126.0 mg
Besi
3.4 mg
Vitamin BI
0.2 mg
Vitamin C
32.7 mg
Protein
10.0 gram
Karbohidrat
16.0 gram
Gentian
1.5 gram
Lembapan
69.0 gram
Lemak
1.8 gram
Lain-lain
1.7 gram

 


Kandungan khasiat dalam buah petai berbeza mengikut umur dan tahap kesegaran bijinya. Petai yang kecut dan yang tidak bulat bijinya mempunyai kandungan khasiat yang rendah. Selain mengubat penyakit darah tinggi dan kencing manis, masyarakat Melayu juga percaya bahawa buah petai juga berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang dan untuk mengubat kanak-kanak yang kecacingan.


Friday, October 1, 2010

BUNGA TAHI AYAM


Pokok Bunga Tahi Ayam biasanya menghasilkan bunga yang cantik dan warnanya sama ada kuning atau oren terang memang menarik lagi sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah. Mungkin kerana baunya tidak seharum bunga mawar, melor, cempaka dan lain-lain, pokok bunga tahi ayam tidak  begitu diminati sebilangan orang. Bagaimanapun, faktor bau tersebut tidak pula menyebabkan ramai di kalangan masyarakat hari ini meminggirkannya sebagai tanaman hiasan, kerana pokok ini sebenarnya mempunyai khasiat yang tinggi dari segi perubatan herba dan tradisional.


Pokok Bunga Tahi Ayam amat mujarab untuk merawat luka-luka pada anggota badan. Pada asasnya tumbuhan ini mempunyai khasiat yang baik pada sudut perubatan herba kerana ia mempunyai sifat antiseptik yang sesuai untuk merawat luka-luka pada tubuh badan. Sifat antiseptik tumbuhan yang dalam saintifiknya dinamakan sebagai Lantana camara ini, terkandung pada lendir yang keluar dari daun-daunnya yang segar bila diramas. Kalau dipupuk daun-daun yang diaramaskan itu pada luka yang kita alami, ia mampu mengelakkan infeksi, menghentikan darah keluar dan luka-luka cepat sembuh. Malah, berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan, daun-daun pokok bunga  tahi ayam ini juga sesuai untuk merawat bengkak ataupun terseliuh pada anggota yang tertentu. Caranya adalah dengan meramas beberapa helai daunnya dan pupukannya di tempat yang bengkak atau  tenseliuh. Balutlah ia dengan sehelai kain dan biarkannya sehingga rasa bengkak itu hilang.

BUNGA MELUR


Bunga Melur merupakan sejenis tumbuhan yang sememangnya tidak asing bagi kita semua. Warnanya yang  putih suci dan keharuman baunya merupakan daya tarikan utama bunga ini, lebih-lebih lagi pada waktu pagi.  Titisan embun dan ditambah pula dengan kesegaran pagi menyebabkan kelopak bunga ini kembang mekar mengeluarkan haruman yang cukup wangi. Oleh itu, tidak hairanlah tumbuhan yang nama botaninya Jasmincun sambac ini diminati ramai, khususnya  mereka yang gemar menghidu haruman dan banyak ditanam sama ada dalam pasu atau di halaman rumah.  Pati bunga melur dari pokok jenis renek yang mempunyai daun hijau berkilat ini digunakan untuk menghasilkan  minyak wangi yang cukup menyamankan. Selain itu bunga melur juga mempunyai kegunaan dalam dunia perubatan tradisional, khususnya bagi merawat demam panas dan juga panau. Tumpuan rawatan tersebut adalah pada daunnya yang hijau segar. Daun bunga melur boleh digunakan untuk merawat demam panas. Caranya ialah dengan mencampurkan beberapa helai daun bunga melur dengan beras dan seulas bawang merah dalam bekas air.  Kemudian ambil airnya untuk basuh kepala dan selepas itu lapkannya diseluruh badan. Amalkannya sehingga badan terasa sejuk. Untuk merawat panau pula, ambil beberapa helai daun bunga melur yang sudah dibasuh dan gosokkan pada tempat yang dijangkiti panau. Lakukannya berulang kali. Biarkan hingga bekas gosokan tersebut kering.




POKOK KERADANG

Pokok Keradang yang tumbuh rimbun dan sesuai dijadikan tempat teduhan. Pokok ini mempunyai buah berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat bila sudah matang. Pokok Keradang bukan sahaja cantik tetapi mempunyai khasiat dari segi kesihatan diri. Kalau ia berbuah lebat, pokok keradang ini kelihatan cantik kerana rimbunan hijau daun-daunnya bercampur dengan buahnya berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat. Ini ditambah pula bunganya yang berwarna putih pecah lima.
Masyarakat Melayu percaya pokok yang sederhana tinggi dan berdaun keras serta batangnya berduru keras ini mempunyai khasiat untuk awet muda. Biasanya buah keradang yang sudah matang dimakan bersama ulam atau sayuran yang lain. Namun begitu, buahnya yang sudah matang (warna ungu gelap pekat) itu bergetah apabila dipetik. Sebab itulah, sebelum dicampur di dalam mana-mana sayuran, ia harus direbus sehingga mendidih terlebih dahulu. Mungkin kaedah itu adalah untuk menghilangkan keracunan getah yang ada pada buahnya itu. Rasanya agak kelat. Akan tetapi berdasarkan pengakuan beberapa pegamal perubatan tradisional, ia dikatakan boleh membantu meningkatkan kesihatan diri.


BUAH LIMAU KASTURI

Pokok limau kasturi merupakan sejenis tumbuhan renek yang boleh digolongkan dalam kategori pokok kecil. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga lima meter.Pembiakannya melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya dari jenis hemafrodite(dua jantina).Untuk mengeluarkan hasil yang optimum ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk menggalakkan pembungaan. Ia sesuai ditanam pada tanah yang agak liat dan tidak terlalu poros. Buahnya berbentuk seperti buah limau dengan saiznya yang lebih kecil, lebih kurang sebesar ibu jari. Baunya harum dan menyegarkan. Dikebanyakan negara Barat yang beriklim temperat tumbuhan ini dijadikan tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan berbau wangi serta buahnya yang menarik. Tambahan pula ia tahan terhadap fros.
 
Perahan jus limau kasturi (Citrus Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun begitu, keistimewaannya tidak terhenti setakat itu sahaja. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui. Ini kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Buah limau kasturi juga dikatakan boleh digunakan untuk mengatasi masalah badan berbau. Untuk mendapatkan bau badan yang harum dan enak, minumlah air limau kasturi setiap hari. Bagi mengurangkan penyakit lelah, sila ambil sesudu madu asli. Kemudian, campurkan dengan lima titik jus limau kasturi. Setelah itu, minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tersebut. Air campuran tersebut boleh diminum pada bila-bila masa walaupun ketika kita tidak mengalami penyakit lelah lagi. Namun begitu, cukuplah sekadar mengamalkannya seminggu sekali sahaja.
 
Selain itu, buah limau kasturi juga mujarab untuk melegakan pening kepala. Caranya ialah dengan mengambil sebiji limau kasturi. Kemudian, potong sedikit di bahagian atasnya. Selepas itu, picit kulit limau kasturi tersebut sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair itu ke arah hidung semasa cecair buah limau kasturi tersebut terpancut.
 
Selanjutnya, sakit tekak juga boleh disembuhkan dengan minum jus buah limau kasturi yang dicampurkan dengan sedikit lada hitam. Cara ini juga amat berkesan untuk menghilangkan lendir dan kahak semasa kita sakit tekak. Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak itu mengalami kepanasan.
 
Bukan itu sahaja, kita juga boleh menghilangkan kesan minyak pada pakaian dengan menggunakan buah limau kasturi. Perahkan sebiji buah limau kasturi ke dalam piring. Kemudian, campurkan perahan tersebut dengan sedikit garam dan gosokkan campuran tersebut pada pakaian yang terkena minyak. Biarkan selama 5 hingga 10 minit. Insya-allah, kesan minyak itu akan hilang dalam sekelip mata.

POKOK BELIMBING TANAH

Satu lagi khazahan alam yang terdapat di Malaysia yang mempunyai nilai perubatan ialah Pokok Belimbing Tanah. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar di kawasan lembah, tanah lembab atau berlumut dan kawasan lapang. Tumbuhan  ini adalah sejenis pokok yang bersaiz kecil dan mempunyai batang berwarna hijau. Akarnya pula jenis serabut, daunnya bercabang tiga dan bunganya berwarna ungu keputihan. Pokok Belimbing Tanah ini mempunyai khasiat dalam mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Tumbuhan ini dikatakan sesuai untuk mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Bagaimanapun katanya, pokok ini tidak boleh dianggap sebagai penawar untuk menyembuhkan dua jenis penyakit tersebut kerana fungsinya lebih kepada pencegahan. Ini bererti, khasiat pokok ini hanya berkesan apabila penggunaannya diamalkan selalu.
Berdasarkan pengamal perubatan tradisional, khasiatnya berkesan jika kita menjadikannya sebagai amalan dalam penjagaan kesihatan diri. Bagi menghidari penyakit kencing manis, daun belimbing tanah ini direbus sehingga mendidih dan apabila sudah suam, tapiskan air sebelum diminum. Buahnya pula jika kita makan, rasannya agak masam tetapi dikatakan cukup sesuai untuk mencegah penyakit darah tinggi. Jika kaedah ini diamalkan selalu, insya-Allah kedua-dua jenis penyakit itu dapat dijauhkan.


POKOK BERLIMBING BULUH


Pokok Belimbing Buluh ialah sejenis pokok yang boleh ditanam di halaman rumah kita. Buahnya hampir sama dengan buah mengkudu. Bezanya hanyalah buah Belimbing Buluh berwarna hijau muda dan saiznya agak kecil dari buah Mengkudu. Pokok Belimbing Buluh senang membesar dan agak rendang. Ini menjadikan pokok ini sesuai sekali dijadikan pokok teduhan di halaman rumah kita. Menurut pengamal perubatan tradisional, Pokok Belimbing Buluh boleh dijadikan penawar mujarab kepada penyakit darah tinggi dan demam panas.

Bagi pengidap penyakit darah tinggi, mereka boleh mengambil beberapa biji buah Belimbing Buluh yang segar. Kemudian, buah tersebut hendaklah dikisar hingga lumat. Setelah itu, kisaran tersebut hendaklah ditapis untuk mendapatkan airnya. Jika rasanya agak pahit, bolehlah dicampurkan dengan sedikit bahan perasa atau madu. Air kisaran buah Belimbing Buluh tersebut hendaklah diminum pada waktu pagi dan petang setiap hari.
Bagi merawat demam panas pula, kita bolehlah ambil beberapa helai daun Pokok Belimbing Buluh  yang segar.Ramas dedaun itu dengan sedikait air sehingga agak lumat dan dan letakkannya  di atas sehelai kain. Demahkannya di atas kepala. Lakukan sehingga rasa panas berkurangan. Buah belimbing boleh dimasak bersama dengan ikan sungai atau udang. 

Buahnya juga boleh dibuat sambal yang enak untuk dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman yang lain. Bagi suri rumah, buah belimbing buluh boleh digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan.

Bunga belimbing buluh pula boleh dijadikan ubat untuk mengurangkan penyakit lelah atau asma. Caranya ialah dengan membasuh bunga Belimbing Buluh tersebut terlebih dahulu. Kemudian, masukan ke dalam cawan yang diletakkan air dan gula batu. Setelah itu, wapkan bersama nasi dalam "Rice Cooker" apabila nasi sudah hampir masak. Air dan gula batu yang sudah cair tadi itu hendaklah ditapis dan minum dengan membaca selawat sebanyak tiga kali. Keberkesananya terpulang kepada penyakit yang dihadapi.