Friday, October 1, 2010

BUNGA MELUR


Bunga Melur merupakan sejenis tumbuhan yang sememangnya tidak asing bagi kita semua. Warnanya yang  putih suci dan keharuman baunya merupakan daya tarikan utama bunga ini, lebih-lebih lagi pada waktu pagi.  Titisan embun dan ditambah pula dengan kesegaran pagi menyebabkan kelopak bunga ini kembang mekar mengeluarkan haruman yang cukup wangi. Oleh itu, tidak hairanlah tumbuhan yang nama botaninya Jasmincun sambac ini diminati ramai, khususnya  mereka yang gemar menghidu haruman dan banyak ditanam sama ada dalam pasu atau di halaman rumah.  Pati bunga melur dari pokok jenis renek yang mempunyai daun hijau berkilat ini digunakan untuk menghasilkan  minyak wangi yang cukup menyamankan. Selain itu bunga melur juga mempunyai kegunaan dalam dunia perubatan tradisional, khususnya bagi merawat demam panas dan juga panau. Tumpuan rawatan tersebut adalah pada daunnya yang hijau segar. Daun bunga melur boleh digunakan untuk merawat demam panas. Caranya ialah dengan mencampurkan beberapa helai daun bunga melur dengan beras dan seulas bawang merah dalam bekas air.  Kemudian ambil airnya untuk basuh kepala dan selepas itu lapkannya diseluruh badan. Amalkannya sehingga badan terasa sejuk. Untuk merawat panau pula, ambil beberapa helai daun bunga melur yang sudah dibasuh dan gosokkan pada tempat yang dijangkiti panau. Lakukannya berulang kali. Biarkan hingga bekas gosokan tersebut kering.




No comments:

Post a Comment