Friday, October 1, 2010

POKOK BELIMBING TANAH

Satu lagi khazahan alam yang terdapat di Malaysia yang mempunyai nilai perubatan ialah Pokok Belimbing Tanah. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar di kawasan lembah, tanah lembab atau berlumut dan kawasan lapang. Tumbuhan  ini adalah sejenis pokok yang bersaiz kecil dan mempunyai batang berwarna hijau. Akarnya pula jenis serabut, daunnya bercabang tiga dan bunganya berwarna ungu keputihan. Pokok Belimbing Tanah ini mempunyai khasiat dalam mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Tumbuhan ini dikatakan sesuai untuk mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Bagaimanapun katanya, pokok ini tidak boleh dianggap sebagai penawar untuk menyembuhkan dua jenis penyakit tersebut kerana fungsinya lebih kepada pencegahan. Ini bererti, khasiat pokok ini hanya berkesan apabila penggunaannya diamalkan selalu.
Berdasarkan pengamal perubatan tradisional, khasiatnya berkesan jika kita menjadikannya sebagai amalan dalam penjagaan kesihatan diri. Bagi menghidari penyakit kencing manis, daun belimbing tanah ini direbus sehingga mendidih dan apabila sudah suam, tapiskan air sebelum diminum. Buahnya pula jika kita makan, rasannya agak masam tetapi dikatakan cukup sesuai untuk mencegah penyakit darah tinggi. Jika kaedah ini diamalkan selalu, insya-Allah kedua-dua jenis penyakit itu dapat dijauhkan.


No comments:

Post a Comment